Siri Mat Salleh Cari Makan kembali lagi. Dalam episod kali ini, saya berada di Sg Merab, Kajang Selangor untuk melawat sebuah kedai makan yang popular dengan menu "Itik Salai"
Di dalam episod ini, saya diberi sedikit pencerahan bagaimana kedai salai ini beroperasi. Dari proses penyediaan sehingga memasak menu utama meraka iaitu "Daging Salai Masak Lemak Cili Api"
Bermula dengan satu khemah dan ditepi jalan. Berkat kreativiti pemilik Itik Salai Masthar ini membuah hasilapabila menu mereka diterima baik oleh pelanggan. Maka dengan itu perniagaan mereka berkembang dari tahun ke tahun.
Antara menu yang saya cuba minggu ini ialah, Daging Salai, Ayam Salai, Ikan Keli salai, Daging dan Itik masak Lemak Cili Api